Contoh Karangan Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Penderaan Kanak-Kanak Dan Masalah Pembuangan Bayi
Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini,gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak amat berleluasa di negara kita, Malaysia. Namun,gejala-gejala tersebut bukan lagi isu yang hangat lagi kerana telah menjadi kebiasaan bagi rakyat negara ini. Hampir setiap hari media massa memaparkan berita yang berkaitan dengan gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak,tidak ketinggalan juga di corong-corong radio tempatan yang juga sering menyampaikan masalah-masalah tersebut. Namun, golongan yang tidak bertanggungjawab tersebut masih tidak mempunyai kesedaran serta perasaan malu apabila berita-berita sedemikian disebarkan sehingga setiap lapisan masyarakat menyaksikan perbuatan kejam yang telah mereka lakukan ke atas golongan yang tidak berdosa ini. Walaupun mereka telah ditangkap dan dipenjarakan sehingga terdapat kes yang membawa mereka untuk dijatuhkan hukuman sampai mati. Hal ini jelas menunjukkan hanya manusia yang tidak mempunyai nilai moral yang boleh bertindak kejam seperti binatang yang tidak mempunyai akal fikiran seperti manusia.Bak kata pepatah ‘’janganlah sudah terhantuk baru tergadah’’.
Pelbagai pihak telah bersinergi untuk menangani masalah tersebut daripada berlaku, namun tetap menghampakan kerana tidak begitu efektif. Hal ini terbukti apabila gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak semakin meningkat dari hari ke hari sehingga tahap yang kritikal. Bagi membendung masalah-masalah seperti ini daripada terus menular dalam kalangan golongan yang tidak bertanggungjawab ini, masyarakat sendiri haruslah memainkan peranan mereka untuk membantu mengatasi gejala-gejala tersebut. Masyarakat haruslah membuang sikap “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” dengan mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keadaan di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, masyarakat haruslah menanamkan sikap “jaga tepi kain orang” untuk mengetahui apa yang telah berlaku di sekeliling mereka terutamanya dalam usaha membendung gejala-gejala sosial tersebut daripada berlaku dalam kalangan remaja ataupun muda-mudi pada zaman moden ini. Sementelahan pula, masyarakat haruslah mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Hal ini amat penting bagi mereka untuk saling mengambil berat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim.Tambahan pula, perpaduan antara masyarakat dapat dikukuhkan lagi. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu membanteras gejala sosial daripada berlaku kerana adanya semangat bersatu-padu dalam kalangan masyarakat.
Selain itu,masyarakat juga haruslah memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini amat penting bagi mendidik anak-anak mereka dari kecil supaya dapat membezakan antara kebaikkan dan keburukkan dalam melakukan sesuatu tindakan. Hal ini penting bagi ibu bapa untuk memainkan peranan mereka. Bagi sesiapa yang bergelar ibu dan bapa kapada anak-anak mereka, wajarlah mereka bersikap tegas terhadap anak-anak supaya mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta rasa hormat dan taat kepada orang tua tersemai dalam diri mereka. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam pergaulan sosial yang melampau seperti pergaulan bebas daripada berlaku. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengawal segala aktiviti harian anak-anak mereka dengan lebih ketat. Di samping itu, ibu bapa sendiri haruslah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana remaja mudah terpengaruh dengan faktor persekitarannya. Bak kata pepatah “bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Oleh sebab hal yang demikian, ibu bapa haruslah mempunyai pendidikan keagamaan yang kukuh supaya dapat disemaikan dalam diri anak-anak mereka. Pendidikan keagamaan merupakan satu langkah yang terbaik dalam mencegah segala perbuatan negatif yang menyumbang kepada gejala pembuangan bayi aakibat pergaulan seks bebas dalam kalangan golongan yang tidak bermoral ini.
Dalam usaha membanteras kes penderaan kanak-kanak daripada berlaku,peranan masyarakat haruslah diutamakan. Masyarakat haruslah sentiasa peka dengan keadaan di sekelilingnya. Jika mendapati terdapat salah seorang jiran yang melakukan penderaan terhadap anak-anak, mereka haruslah segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis secepat yang mungkin tanpa mempedulikan ancaman daripada jiran mereka. Selain itu, pengawalan keselamatan di sekeliling kediaman penduduk haruslah diperketatkan. Hal ini amatlah penting bagi memastikan tidak ada seorang pun yang berani membuang bayi secara sesuka hati serta dapat memastikan kanak-kanak mendapatkan perlindungan daripada didera serta disakiti oleh mana-mana pihak yang tidak bermoral itu. Dalam usaha ini, penduduk setempat sendiri haruslah melakukan rondaan secara bergilir-gilir untuk memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini serta mencurigakan daripada berlaku.
Akhir sekali, masyarakat haruslah menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian serta amalkan gaya hidup sihat. Masyarakat juga haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang natijahnya jika terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti gejala pembuangan bayi akibat perhubungan yang terlanjur dan tidak ingin mempunyai anak haram serta dipandang hina oleh orang lain sehingga menemui jalan buntu iaitu membuang bayi yang tidak berdosa tersebut di merata-rata tempat. Sebaliknya masyarakat haruslah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta seperti Kempen Membanteras Gejala Pembuangan Bayi. Hal ini dapat mendedahkan natijah yang akan diperoleh seandainya terjerumus dengan perbuatan negatif tersebut. Dengan adanya kesedaran yang tinggi, masyarakat secara automatik akan menjauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala sosial. Hal ini akan menurunkan kadar gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak.
Sebagai intihanya, masyarakat haruslah bersinergi dengan pelbagai pihak dalam usaha menangani gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak daripada berlaku serta mencari resolusi hingga ke akar umbi supaya gejala buruk ini dapat dibanteras dan dihalang daripada terus membelenggu setiap lapisan masyarakat di negara ini. Bak kata pepatah sikap bagai aur dengan tebing haruslah diamalkan antara satu sama lain. Hal ini penting bagi menjadikan negara kita bebas daripada gejala buruk supaya pembangunan negara tidak terjejas disebabkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bermoral ini. Tambahan pula, matlamat negara untuk mencapai Wawasan 2020 akan direalisasikan serta imej negara dipandang tinggi di mata dunia.
Contoh lain : Punca-Punca Berlakunya Penderaan Kanak-Kanak @ Isu Penderaan Kanak-Kanak @ Isi-isi Penting Tentang Penderaan

0 Ulasan