Contoh Karangan Keburukan Makanan Segera
Makanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, enak rasanya dan berpatutan harganya. Oleh itu, makanan segera amat popular dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan pemodenan yang merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa, serta dikatakan menepati era moden yang mementingkan masa.
Namun dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif yang harus diberi perhatian oleh masyarakat umum. Kesibukan dalam tugas seharian dalam kehidupan telah mendorong masyarakat pada hari ini untuk mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan berat. Jika pada masa dahulu, mi segera menjadi pilihan utama makanan segera, kini terdapat ribuan jenama makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran. Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggang.
Pada hari ini, masalah komplikasi kegemukan atau obesiti telah menjadi satu sindrom baru masyarakat kita yang dikatakan berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandung lemak dan gula yang tinggi. Makanan tersebut seperti aiskrim, minuman berkarbonat dan sebagainya adalah antara makanan segera kegemaran kanak-kanak dan remaja kini. Kegemukan ialah risiko peningkatan kolesterol dalam darah yang jika tidak diberi perhatian akan menyebabkan penyakit jantung. Kajian oleh pakar pemakanan menunjukkan bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak. Ini disebabkan otak manusia memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa yang seterusnya boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan.
Selain itu, pengambilan makanan segera yang berlebihan juga akan mengancam radang paru-paru yang boleh membawa kepada penyakit asma yang kronik. Berdasarkan satu kajian sains pemakanan mendapati bahawa daripada 100 orang kanak-kanak yang mengambil makanan segera menunjukkan bahawa mereka yang kurang mengambil makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat besi dan susu amat mudah menghadapi risiko diserang penyakit asma yang berlarutan.
Makanan segera tidak mengandungi vitamin A yang amat diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin ini penting untuk membina sel-sel baru, di samping berfungsi untuk penjagaan kulit dan mata. Gentian yang dapat membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit tidak terdapat dalam makanan segera.
Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan, malang sekali pada masa kini makanan turut membawa kesengsaraan kepada manusia. Oleh sebab itu, untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit akibat pengambilan makanan segera yang berlebihan, kita harus membentuk tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat. Jangan terlalu memilih jalan mudah dalam soal makan minum. Ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan.

0 Ulasan