Ad Code

Responsive Advertisement

Memperkenalkan Budaya Malaysia Terhadap Masyarakat Luar [Memorandum]

Contoh Karangan Memperkenalkan Budaya Malaysia Terhadap Masyarakat Luar [Memorandum]


Kepada    :   YB Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan
Daripada:   Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan kesenian Daerah Kulim

Memorandum tentang Memperkenalkan
Budaya Malaysia Terhadap Masyarakat Luar


1.0        Pendahuluan
Dasawarsa, sektor pelancongan telah diiktiraf sebagai antara penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini terbukti apabila Kementerian Pelancongan melaporkan bahawa sebanyak 30 juta pelancong asing telah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2011 dan berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40 bilion. Bagi tujuan promosi pula, sebanyak RM150 juta telah diperuntukan untuk mempromosikan Malaysia di luar negara. Meskipun sector perlancongan telah berkembang maju, namun negara ini kekurangan promosi untuk memperkenalkan budaya masyarakat kita kepada masyarakat luar. Menyedari hal ini, Persatuan Kebudayaan dan Keseniaan Daerah Machang telah menghantar memorandum ini untuk mengemukakan kekuranagn promosi tersebut dan juga usul untuk meningkatkan usaha mempromosikan budaya dalam sektor perlancongan.

2.0         Penyataan Kekesalan
Pihak Persatuan berasa kesal tentang kurangnya promosi tersebut kerana industri perlancongan boleh menjadi wahana untuk memperkenalkan budaya masyarakat tempatan kepada masyarakat luar negara. 

2.1        Kurangnya Agensi Perlancongan Mempromosikan Budaya
Industri pelancongan di Negara Malaysia ini semakin pesat membangun tetapi kekesalan yang timbul adalah apabila industri kita kekurangan agensi-agensi pelancongan mempromosikan budaya tempatan. Ramai bilangan pelancong yang yang tidak mengetahui kesemua budaya-budaya yang wujud di Malaysia. Agensi-agensi yang menjalankan promosi ini biasanya hanya mempromosikan pakej-pakej yang dianggap menguntung seperti lawatan ke tempat menarik dan mengurangkan promosi terhadap pakej kebudayan tersebut. Pelancong-pelancong hanya mengetahuinya apabila datang ke tempat kebudayan itu sendiri.

2.2         Kurang Sokongan daripada Rakyat Tempatan
Tidak dapat kita nafikan bahawa peranan rakyat tempatan sebagai tulang belakang kepada usaha untuk mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia. Walau bagaimanpun, rakyat tempatan kurang menyokong aktiviti pelancongan domestik kerana kurang meminati terhadap kebudayaan yang wujud di negara ini malahan sikap ramah dan berbudi bahasa bagi memastikan para pelancong selesa dan berasa kehadiran mereka dialu-alukan tidak dipamerkan sama sekali. Di samping itu, dalam perancangan untuk bercuti dan melancong, rakyat tempatan menjadikan destinasi pelancongan luar negeri sebagai pilihan. Mereka terlalu taksub untuk melancong ke luar negara.

3.0         Usul
Yang berikut merupakan usul untuk meningkatkan usaha tersebut.

3.1         Mempromosikan Budaya
Dalam usaha untuk memasarkan jenama Malaysia sebagai destinasi pelancongan   yang patut dikunjungi dan memperkenalkan budaya tempatan terhadap pelancong luar negara peranan kerajaan dan bukan kerajaan dalam menubuhkan agensi perlancongan adalah penting. Agensi-agensi ini memainkan peranan dalam mempromosikan budaya tempatan dan produk pelancongan kepada warga dunia kerana kata “orang tak kenal, maka tak cinta”. Tamsilannya, baru-baru ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan acara “Malaysian Kitchen” di kota London untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan tempatan kepada warga Britian. Acara ini didapati telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga negara berkenaan. Selain  itu, Kementerian Pelancongan juga aktif menyertai pameran-pameran pelancongan terutama di pasaran baharu yang berpotensi besar seperti negara-negara Timur Tengah dan Eropah Timur. Tuntasnya, promosi yang telah diatur sudah pasti akan merancakkan sektor pelancongan di Malaysia.

3.2         Peranan Masyarakat dan Pihak yang Bertanggungjawab
Masyarakat tempatan hendaklah menyokong aktiviti pelancongan domestik kerana “bertepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi”. Sementalahan pula, sebagai tuan rumah kepada para pelancong, warga tempatan hendaklah mempamerkan sikap ramah dan berbudi bahasa bagi memastikan para pelancong selesa dan berasa kehadiran mereka dialu-alukan. Di samping itu, jika merancang untuk bercuti dan melancong, rakyat tempatan hendaklah menjadikan destinasi pelancongan tempatan sebagai pilihan. Mereka janganlah bersikap seperti kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan apabila terlalu taksub untuk melancong ke luar negara. Intihanya, warga tempatan diharapkan agar lebih bersikap patriotik untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan. Budaya bahu-membahu antara pihak kerajaan, swasta, dan warga tempatan penting demi kelangsungan sektor pelancongan domestik. Kita berkeyakinan bahawa pada masa akan datang adalah tidak mustahil industri pelancongan tempatan akan standing dengan negara-negara yang telah sedia tersohor dalam bidang pelancongan. Oleh itu,  kita berharap agar destinasi pelancongan seperti Pulau Langkawi akan setanding dengan Pulau Bali di Indonesia. Akhirul kalam, impak daripada kemakmuran sektor pelancongan sudah pasti akan menguntungkan rakyat tempatan yang akan menerima tempias limpahan rezekinya.

4.0         Penutup
Sedar atau tidak, apabila kita melancong dalam negara, kita sebenarnya berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat akan destinasi pelancongan, kebudayaan, dan warisan negara. Tamsilannya, negara kita kaya dengan pelbagai keindahan khazanah alam semula jadi seperti Taman Negara Mulu, Taman Negara Kinabalu, Melaka Bandar raya Bersejarah, dan Georgetown yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Sementelahan pula, masyarakat majmuk di negara kita telah mewujudkan kepelbagaian budaya dari segi kesenian, perayaan, dan makanan. Dengan kata lain, kita akan lebih memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum rakyat Malaysia jika melancong dalam negara. Oleh yang demikian, akan timbullah perasaan bangga dan cinta akan tanah air.

Disediakan oleh,                                                                                               12 Mei 2013


(ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH)
Pengerusi
Persatuan Kebudayaan dan Kesenian
Daerah Kulim

Catat Ulasan

0 Ulasan